TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF
Ahli psikologi Eropah telah lama mengenal pasti asas pembentukan mental dan hubungannya dengan perkembangan kognitif manusia. Mereka menyarankan bahawa minda memainkan peranan penting dalam aspek perkembangan yang dilalui oleh manusia.
Latar Belakang Jean Piaget
Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari
Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.
Jadual 1: Konsep-Konsep Asas Berhubung Dengan Teori Kognitif Piaget
Konsep | Takrif |
Skemata | Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baru |
Asimilasi | Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada |
Akomodasi | Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru |
Keseimbangan | Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman. |
Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang
bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan yang berikutnya.
Tahap-Tahap Perkembangan Mental
Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur. Tahap-tahap perkembangan itu ialah :
1) Tahap Sensori Motor atau deria motor ( sejak dilahirkan - 2 tahun )
2) Tahap Pra Operasi ( 2 tahun - 7 tahun )
3) Tahap Operasi Konkrit ( 7 tahun - 11 tahun )
4) Tahap Operasi Formal ( 11 tahun - 15 tahun )
Teori Erikson
Seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak-kanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih sayang, dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika tidak, bayi berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan menjadi defensif serta akan
Tahap | Keadaan Sosial | Ekoran Psikososial |
| Sokongan, pemberian keperluan asas, ada kesinambungan hidup. | Mempercayai |
Kekurangan sokongan, penafian, tidak konsisten | Tidak mempercayai | |
| Mengendalikan sendiri dan sokongan. | Kebebasan |
Perlindungan yang berlebihan, kekurangan sokongan dan keyakinan | Keraguan | |
| Galakan, peluang sendiri, bertanya | Perasaan bersalah |
Tiada peluang, perasaan negatif | Kerajinan | |
| Kemahiran diri, pendidikan yang cukup dan produktif, menjadi model yang baik | Kerajinan |
Kurang latihan, arah dan sokongan. | Rendah diri | |
| Kestabilan dalaman yang berterusan, kefahaman mendalam mengenai model seks, mendapatkan maklum balas positif. | Identiti |
Kekeliruan tujuan, maklum balas yang kurang jelas, kurang memahami ekspektasi. | Kekeliruan peranan | |
| Meluaskan kemesraan, persefahaman, mempercayai. | Kemesraan |
Kesunyian | Pengasingan | |
| Tujuan hidup, produktiviti | Kebolehan menghasilkan sesuatu |
Kekurangan perkembangan diri | Terhenti | |
| Perasaan mesra, perpaduan, berarah | Kesempurnaan hidup |
Kurang kesempurnaan, ketidakpuashatian. | Putus harapan |
Implikasi Teori Piaget Dalam Pengajaran & Pembelajaran
Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan ialah secara. Penggerak utama Kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea Kognitivisme adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui Kognitivisme struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini. Sekiranya tidak secocok dengan skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai atau skema akan diubah suai.
Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang
cara manusia belajar iaitu secara Konstruktif. Mengikut Konstruktif, pengetahuan dibina secara aktif oleh murid yang berfikir. Murid ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya, sebaliknya murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.
Teori Konstruktif
Dalam buku Anita E. Woolfolk, Piaget menganggap pembelajaran sebagai satu proses konstruktif kerana individu dikehendaki menyusun semula pemahaman dan minda mereka terlebih dahulu. Turut penting dalam memahami fahaman konstruktif adalah keupayaan seorang yang berbeza dari segi penggunaan otak kiri atau otak kanan bagi membentuk pelajar yang Global atau Analitik.
Jadual 3: Teori Fungsi Otak Terbelah Dua (R. Sperry & Ornstein ( 1969 )
Kawalan otak kiri | Kawalan otak kanan |
Bahasa | Pola |
Nombor | Bentuk |
Fakta/logik | Imaginasi |
Urutan/linear | Dimensi |
Analisa | Manipulasi/globalisasi |
Lirik | Rentak |
Bukti | Penerokaan idea |
Objektif | Subjektif |
Tersurat | Tersirat |
Kecenderungan analitik | Kecenderungan global |
Jadual 4: Ciri-ciri pelajar global atau Analitik :
Pelajar analitik | Pelajar global |
Belajar sendiri | Belajar bersama rakan sebaya |
Suka belajar dalam cahaya terang | Suka belajar dalam cahaya samar |
Makan selepas selesai kerja | Makan semasa kerja |
Kedudukan belajar formal | Kedudukan belajar tidak formal |
Lakukan kerja satu per satu | Lakukan beberapa kerja serentak |
Fahaman konstruktif adalah pendapat mengenai pembelajaran sebagai persepsi individu berdasarkan pengalamannya jika berbanding dengan fahaman objektiviti yang berpendapat mengenai pembelajaran sebagai aktiviti penerimaan pengetahuan secara mutlak.
Jadual 5: Perbezaan Fahaman Objektiviti dan Konstruktif
FAHAMAN OBJEKTIVITI | FAHAMAN KONSTRUKTIF |
Pengetahuan wujud secara bebas dan bersifat mutlak | Pengetahuan tidak bersifat mutlak, fahaman hanyalah persepsi maklumat yang diterima |
Pengetahuan boleh dipindah dari seorang secara pakej | Pengetahuan tidak dapat dipindah kerana setiap manusia mempunyai persepsi tersendiri |
Pembelajaran adalah proses penerimaan pengetahuan secara pakej. | Pembelajaran mempunyai perkaitan dengan struktur kognitif, pembentukan skemata, asimilasi, adaptasi dan equilbrium |
Guru sebagai sumber ilmu utama. | Guru hanya pemudah cara kepada pencapaian ilmu pengetahuan. |
Pengajaran bertujuan menyalurkan ilmu pengetahuan dari guru kepada murid. | Pengajaran bertujuan menyusun dan membina konsep dan pengalaman murid semua mempunyai keupayaan yang sama untuk mentafsir sesuatu maklumat |
Semua murid dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan guru terhadap apa yang disampaikan oleh guru. | Setiap individu mempunyai persepsi yang berlainan terhadap apa yang diajar berdasarkan pengalaman masing-masing. |
Mempunyai kata putus tentang apa yang harus diketahui oleh murid. | Guru perlu mengubah peranan mengikut pengalaman dan kefahaman murid |
murid diuji untuk mengetahui sama ada mereka dapat merekodkan dan mentafsir maklumat seperti mana yang diharapkan oleh guru. | Murid diuji untuk mengetahui tahap kefahaman dan cara merangka mengendalikan maklumat yang diterima. |
Murid dianggap bijak apabila mereka memberi respons yang diharapkan oleh guru. | Murid dianggap bijak apabila mereka memberi respons yang konstruktif terhadap apa yang dibimbing oleh guru walaupun respons itu di luar tahap kefahaman guru. |
murid dianggap sebagai pengawal disiplin dan penguat kuasa peraturan pembelajaran. | Guru dianggap sebagai pengurus kelas yang menangani masalah disiplin murid yang berbeza bagi menyesuaikan mereka dengan tahap kefahaman masing-masing. |
Guru tidak mengharapkan apa-apa pertambahan ilmu atau peningkatan kefahaman tentang bidang yang diajar hasil interaksi dengan murid. | Guru turut meningkatkan kefahaman tentang bidang yang diajar hasil interaksi dengan murid. |
Rumusan
Teori perkembangan ini telah sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru dan juga ibu bapa tentang perkembangan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi perkembangan kognitif yang kemungkinan dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan, kecerdasan dan sebagainya. Teori perkembangan ini telah sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru dan juga ibu bapa tentang perkembangan yang lalui oleh seseorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari sep perkembangan kognitif yang kemungkinan dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment