Berdasarkan analisis korelasi didapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara intrapreneurial behaviour. Dapatan kajian diperkukuhkan lagi dengan analisis data dengan menggunakan structural equation modelling. Berdasarkan analisis ini didapati bahawa intrapreneurial behaviour telah memberikan impak yang positif terhadap intrapreneurial activities. Dapatan ini adalah konsisten dengan dapatan yang diperoleh oleh Stull (2005) yang dilakukan di non-profit organisation. Oleh kajian ini juga telah membuktikan keselarian dengan dapatan kajian lepas. Dapatan kajian ini juga adalah didapati agak unik kerana telah menggunakan individu sebagai unit analisis. Kajian ini juga telah menggunakan analisis yang lebih tepat iaitu dengan menggunakan analisis struktural equation modelling yang hanya mana akan hanya menolak H0 jika P<0.0001. Ini berbeza dengan analisis korelasi yang akan menolak Ho jika P<0.05. Dengan menggunakan analisis SEM, kajian ini dapat mengelakkan berlakunya ralat jenis 1.
Oleh itu, dapat kajian ini menunjukkan bahawa gelagat seseorang individu itu akan menentukan aktiviti yang dilakukan tanpa membezakan jenis organisasi. Ini adalah bertepatan dengan Teori Planned of Behaviour yang dikemukakan oleh Ajzen (2000). Teori ini telah menerangkan bagaimana intention dan gelagat dapat meramalkan aktiviti atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang individu. Oleh itu kajian ini telah membuktikan akan kepentingan intrapreneurial behaviour dalam menentukan intrapreneurial activities. Oleh itu para majikan atau pihak pengurusan seharusnya mementingkan pembentukan gelagat yang membawa kepada peningkatan sifat proaktif, inovatif dan menanamkan sifat berani kepada pihak pekerja dalam mengemukakan idea-idea pembaharuan dalam organisasi.
No comments:
Post a Comment